Pemilik bersama syarikat penerbangan Rusia maut nahas pesawat


Natalia Fileva dan bapanya terkorban apabila pesawat dinaiki mereka ke Jerman untuk mendapatkan rawatan perubatan terhempas. – Gambar AFP, 1 April, 2019.

NATALIA Fileva, pemilik bersama S7 Airlines, maut dalam nahas pesawat terhempas di pusat bandar Jerman pada Ahad, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan sumber peringkat atasan syarikat penerbangan Rusia itu.

“Natalia Valeryevna dan bapanya terkorban. Mereka dalam perjalanan ke Jerman untuk mendapatkan rawatan perubatan,” kata sumber itu yang turut menafikan Ketua Pengarah S7, Vladislav Filev, suami Natalia, berada dalam pesawat tersebut.

Akhbar Jerman Bild melaporkan sebuah pesawat ringan enam tempat duduk terhempas di sebuah padang sebelum terbakar pada petang Ahad berhampiran Egelsbach, sebuah pekan di negeri Hesse.

Ia berkata juruterbang dan dua penumpang yang berada dalam pesawat, dipercayai rakyat Rusia, juga terbunuh. – Bernama, 1 April, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen