Pemimpin pembangkang Turki isytihar menang pilihan raya tempatan


Ekrem Imamoglu mengisytiharkan kemenangannya dalam pilihan raya tempatan semalam bagi Istanbul selepas keputusan menunjukkan beliau menewaskan calon parti pemerintah AKP. – Gambar EPA, 1 April, 2019.

CALON pembangkang untuk datuk bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu mengisytiharkan kemenangannya dalam pilihan raya tempatan semalam selepas keputusan menunjukkan beliau menewaskan calon parti pemerintah AKP.

“Saya ingin mengumumkan kepada penduduk Istanbul dan seluruh rakyat Turki bahawa angka menunjukkan jelas kami menang di Istanbul,” kata Imamoglu dalam satu ucapan awal pagi tadi.

Pesaingnya sebelum ini turut mengisytiharkan kemenangan. – AFP, 1 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen