25 maut, ratusan cedera ribut landa Nepal


Petir sabung-menyabung kelihatan di langit Kathmandu, Nepal semalam. Ribut petir melanda beberapa kawasan di selatan negara itu menyebabkan ratusan cedera dan 25 maut setakat ini. – Gambar EPA, 1 April, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA 25 terbunuh dan ratusan yang lain cedera selepas ribut melanda selatan Nepal, memusnahkan rumah, menyebabkan pokok tercabut dan merosakkan tiang elektrik, kata pihak berkuasa.

Ribut petir melanda daerah Bara dan kawasan berhampiran lewat Ahad, kata Ketua Polis Bara Sanu Ram Bhattarai.

“Sekurang-kurangnya 25 terbunuh dan ramai cedera. Pekerja mencari dan menyelamat dikerahkan ke kawasan terbabit,” katanya.

Perdana Menteri KP Sharma Oli mengucapkan takziah kepada semua mangsa terbabit menerusi Twitter dan turut memaklumkan 25 maut sementara kira-kira 400 yang lain cedera.

“Helikopter bersiap sedia untuk kerja menyelamat,” katanya.

Ribut petir menyebabkan jumlah kematian yang ramai seperti itu pada musim bunga adalah sesuatu yang jarang berlaku di Nepal. – AFP, 1 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen