SEORANG pemerhati pilihan raya dan seorang lelaki maut dalam satu pergaduhan di pusat mengundi di timur Turki ketika pilihan raya tempatan berjalan di negara itu.
“Dua rakyat kita kehilangan nyawa akibat bertelagah pada pusat pengundi kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan di daerah Puturge, Malatya,” kata pihak berkuasa daerah itu.
Pasukan keselamatan menahan empat suspek yang dikaitkan dengan kematian tersebut.
Keganasan itu berlaku ketika rakyat Turki mengundi di peringkat akar umbi sebagai ujian kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan dan partinya, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).
Penganalisis berkata AKP mungkin kehilangan Ankara dan Instanbul dalam pilihan raya tersebut.
Selepas mengundi di Istanbul, Erdogan berkata insiden itu mengundang kemarahannya dan satu siasatan rasmi telah dijalankan.
“Saya berharap tiada lagi kejadian seperti ini,” katanya.
Agensi berita swasta DHA berkata dua lelaki itu ditembak selepas satu perbalahan antara dua kumpulan parti politik bertukar ganas.
Susulan kejadian itu, polis meningkatkan kawatan keselamatan di lokasi pengundian tersebut.
Di lokasi lain, polis Istanbul menahan tujuh orang selepas pergaduhan tercetus antara calon yang merebut jawatan ketua kampung di wilayah Esenyurt.
Kejadian ketiga, juga di Instabul menyaksikan seorang lelaki ditikam di wilayah Kadikoy ekoran kekecohan sesama calon, kata polis. – AFP, 31 Mac, 2019.
Komen