SEKUMPULAN penunjuk perasaan mengadakan bantahan terhadap pilihan raya umum di Thailand yang didakwa dicemari penipuan yang dilakukan oleh kerajaan junta.
Bantahan itu diadakan seminggu selepas rakyat negara itu dibayangi kekeliruan berhubung keputusan pilihan raya.
Parti disokong tentera dan pesaing utamanya, masing-masing mendakwa memenangi pilihan raya tersebut selepas keputusan tidak konsisten yang disiarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengundang kekeliruan dalam kalangan pengundi.
Parti Phalang Pracharat yang disokong junta, memenangi undi popular, tetapi pesaingnya, Parti Pheu Thai yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, membentuk satu pakatan bagi memperoleh majoriti kerusi di dewan rakyat.
Keputusan penuh akan diumumkan pada 9 Mei tetapi kemarahan pengundi semakin memuncak apabila demonstrasi mula diadakan di Bangkok.
Sekumpulan kecil penunjuk perasaan berhimpun di lokasi tumpuan pelancong, Erawan Shine sambil memegang banting tertera ‘Pilihan Raya Penipu’ dan ‘Rakyat Mahu Mengundi’.
Mereka juga mengumpulkan tandatangan orang ramai untuk satu petisyen bagi menuntut pemecatan anggota SPR yang didakwa melakukan kesilapan dalam pengiraan undi.
Satu lagi bantahan sama turut diadakan berdekatan Monumen Victory di bandar yang sama. – AFP, 31 Mac, 2019.
Komen