Gempa kuat 6.2 magnitud gegar laut Ecuador


Gempa itu berlaku pada kedalaman 18.5 kilometer di Laut Pasifik, barat Guayaquil dan 27 kilometer dari Santa Elena. – Gambar EPA, 31 Mac, 2019.

SATU gempa kuat berukuran 6.2 skala Richter melanda kawasan laut Ecuador awal hari ini, tetapi tiada laporan kerosakan dan amaran tsunami dikeluarkan.

Pusat Geologi Amerika Syarikat (AS) berkata gempa itu berlaku pada kedalaman 18.5 kilometer di Laut Pasifik, barat Guayaquil dan 27 kilometer dari Santa Elena. – AFP, 31 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen