Serbuan di Kedutaan Sepanyol serangan pengganas


Sekumpulan lelaki bersenjata memecah masuk ke Kedutaan Sepanyol di Pyongyang bulan lalu dan mengasari pekerja sebelum melarikan diri bersama dokumen dan komputer. – Gambar EPA, 31 Mac, 2019.

KOREA Utara hari ini menggambarkan serbuan di Kedutaan Sepanyol pada Februari lalu oleh kumpulan pembangkang sebagai ‘serangan pengganas kubur’ dan mengesa siasatan dilakukan terhadap pelaku.

Sekumpulan lelaki bersenjata memecah masuk ke Kedutaan Sepanyol di Pyongyang bulan lalu dan mengasari pekerja sebelum melarikan diri bersama dokumen dan komputer.

Kejadian berlaku beberapa hari sebelum pertemuan antara pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkenaan nuklear yang gagal mencapai kesepakatan.

Dalam komen rasmi pertama mengenai serangan itu, Korea Utara mencadangkan penglibatan Washington dan menggesa pihak berkuasa Sepanyol membawa pengganas ke pengadilan.

“Serangan pengganas berlaku pada 22 Februari di mana kumpulan bersenjata menyerang Kedutaan Besar DPRK di Sepanyol,” kata jurucakap Kementerian Luar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita KCNA.

“Kami menjangkakan pihak berkuasa yang terlibat di Sepanyol menjalankan siasatan dalam insiden tersebut dengan cara yang bertanggungjawab,” katanya.

Siasatan serangan itu sedang dijalankan di Madrid.

Pada Rabu, mahkamah Sepanyol menamakan Adrian Hong Chang sebagai ketua pasukan kumpulan yang menghubungi FBI di New York lima hari selepas serangan.

Beberapa jam selepas penyataan mahkamah, Cheollima Civil Defense (CCD) – sebuah kumpulan pembangkang dipercayai termasuk pelapis Korea Utara yang berprofil tinggi menuntut tanggungjawab untuk serbuan tersebut. – AFP, 31 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen