Telefon ketua Amazon digodam Arab Saudi, kata penyiasat


Ketua Amazon, Jeff Bezos bersama bekas isterinya yang mana mereka bercerai selepas National Enquirer menerbitkan laporan mengenai skandalnya. - Gambar EPA, 31 Mac, 2019.

PENYIASAT yang diupah untuk melihat imej intim Jeff Bezos berkata semalam, beliau membuat kesimpulan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi menggodam telefon ketua Amazon untuk mengakses data peribadinya.

Gavin de Becker mengaitkan penggodaman untuk liputan luas oleh akhbar The Washington Post yang dimiliki oleh Bezos dalam pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi di konsulat kerajaan di Istanbul tahun lepas.

“Penyiasat dan beberapa pakar kami menyimpulkan dengan yakin bahawa Saudis mempunyai akses ke telefon Bezos dan mendapat maklumat peribadi,” tulis Becker di laman web The Daily Beast.

Beliau berkata, walaupun adik perempuan Bezos dibayar oleh lembaran skandal National Enquirer untuk membebaskan maklumat itu, peranannya mungkin menjadi sesuatu yang mengelirukan dan plot jauh melampaui seorang lelaki mencuri wang tunai.

“Sudah jelas MBS menganggap The Washington Post menjadi musuh utama,” tulis de Becker merujuk kepada putera raja Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang berkuasa dalam industri minyak selepas taklimat tertutup oleh CIA.

Bezos mengupah Gavin de Becker & Associates untuk mengetahui bagaimana mesej dan gambar teksnya yang intim boleh jatuh ke tangan Enquirer yang melaporkan mengenai skandal keterlaluan ketua Amazon sehingga menyebabkan penceraian.

Bezos menuduh Penerbit Enquirer American Media Inc (AMI) yang diketuai David Pecker memeras ugut kerana mengancam untuk menerbitkan gambar intim itu sekiranya dia tidak menghentikan siasatan.

Ketua Amazon enggan berbuat demikian sebaliknya menerbitkan Salinan emel dari AMI.

Arab Saudi menekankan bahawa putera mahkota itu tidak terlibat dalam pembunuhan Khashoggi, seorang kolumnis. – AFP, 31 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen