TIGA orang awam terbunuh dalam serangan awal pagi Sabtu di Yendere di barat Burkina Faso bersempadan Pantai Gading, kata sumber keselamatan.
Pekan itu diserang oleh sekumpulan individu bersenjata dan dua daripadanya dibunuh oleh pihak berkuasa, kata sumber kepada AFP.
“Tiga orang yang merupakan penumpang dalam pengangkutan awam terbunuh.
“Dua penyerang ditembak mati oleh pasukan keselamatan,” kata sumber.
Ini merupakan serangan pertama di negara yang dilanda keganasan untuk menuntut nyawa sehingga sempadan Ivory Coast.
Dua orang awam cedera dalam serangan itu, menurut sumber keselamatan berbeza.
Awal bulan ini, Yendere turut menerima serangan serupa namun mendakwa tiada mangsa tercedera.
Pada Khamis lalu, empat anggota polis paramiliter Burkina Faso meninggal dunia dalam serangan di pangkalan bersempadan Mali.
Pangkalan utara turut menerima serangan sama pada Oktober apabila seorang tentera terbunuh dan tiga cedera.
Penyerang juga turut dibunuh. – AFP, 31 Mac, 2019.
Komen