Gempa bumi 5.2 magnitud landa Greece


Gempa itu dikesan pada kedalaman 14 kilometer dan berpusat di pekan Galaxidi di Teluk Corinth, kira-kira 200 kilometer dari barat daya ibu negara Greece. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Mac, 2019.

SATU gempa bumi bermagnitud 5.2 menggegarkan tengah Greece hari ini, lapor pertubuhan keselamatan awam negara itu.

Gempa itu dikesan pada kedalaman 14 kilometer dan berpusat di pekan Galaxidi di Teluk Corinth, kira-kira 200 kilometer dari barat daya ibu negara Greece.

Institut geodinamik Greece pada awalnya mengukur kekuatan gempa itu pada skala 5.3 skala Richter.

Bagaimapun tiada kemusnahan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Greece terletak di kawasan yang sering dilanda gempa tetapi jarang berlaku kematian akibat bencana itu.

Pada Julai 2017, gempa 6.7 skala Richter menyebabkan dua orang terbunuh di pulau Kos dan mengakibatkan kerosakan teruk.

Pada 1999, seramai 143 orang maut di Athens akibat gempa berukuran 5.3 magnitud.  – AFP, 30 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen