LIMA pekerja terbunuh dan tiga cedera dalam letupan kilang akibat kebocoran gas di timur China, kata pihak berkuasa tempatan pada Sabtu.
Ledakan itu berlaku pada malam Jumaat di kilang pemprosesan perlite di wilayah Shandong, kata pegawai bandaraya dalam satu kenyataan.
Kelima-lima mangsa berada di dalam bengkel di bandar Qingzhou semasa letupan berlaku.
“Penyebab kemalangan itu dipercayai akibat kebocoran gas cecair asli, dan punca khusus masih disiasat,” kata kenyataan itu.
Seorang pegawai syarikat itu juga turut ditahan oleh pihak berkuasa tempatan, tambahnya.
Kejadian itu berlaku hampir tidak sampai seminggu selepas salah satu kemalangan industri terburuk yang berlaku baru-baru ini di China, di mana letupan di sebuah kilang kimia yang membunuh 78 orang. – AFP, 30 Mac, 2019.
Komen