SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Jumaat berkata situasi keselamatan di pusat bandar Mali semakin merosot dan menggesa tindak balas bagi menangani perkara itu diperhebat, lapor agensi berita China Xinhua.
Dalam satu mesyuarat Majlis Keselamatan mengenai Mali, selain menjadi lebih dinamik serta mobil di rantau itu.
Beliau mengingatkan kebangkitan pergerakan ekstremis semakin memburukkan ketegangan antara kaum yang berlaku sejak sekian lama berhubung isu akses kepada tanah dan air, serta percambahan senjata api kecil dan ringan selain pemerolehan senjata oleh kumpulan etnik bagi pertahanan diri telah membawa kepada peningkatan keganasan terhadap orang awam.
Lebih 240 serangan telah dilakukan ke atas orang awam, pegawai kerajaan Mali serta anggota pasukan pertahanan negara dan antarabangsa pada 2018, berbanding 183 dalam tahun 2016, menurut PBB.
Jumlah mereka yang kehilangan tempat tinggal pula meningkat kepada 123,000 orang pada Februari berbanding 40,000 bagi tempoh setahun lepas.
Statistik PBB turut menyebut bahawa kes penggunaan bom buatan sendiri di pusat bandar itu telah meningkat tiga kali ganda iaitu daripada 29 pada 2017 kepada hampir 100 pada 2018.
Sejumlah 18 anggota pasukan pengaman dari Chad, Guinea dan Sri Lanka terkorban di Mali dalam tempoh 18 bulan lepas.
Guterres juga berkata memandangkan puak pelampau telah memperluas aktiviti mereka dan menggunakan senjata yang semakin canggih, pasukan pertahanan Mali dan antarabangsa perlu bertindak balas dengan segera serta memperhebat respons mereka. – Bernama, 30 Mac, 2019
Komen