Mahkamah bebaskan bekas presiden Maldives


Bekas presiden Abdulla Yameen ditahan bulan lalu atas pertuduhan terbabit pengubahan wang haram dan mahkamah memerintahkan beliau ditahan sehingga kes terbabit selesai. – Gambar AFP, 29 Mac, 2019.

MAHKAMAH Tinggi Maldives memerintahkan bekas presiden Abdulla Yameen dibebaskan daripada tahanan kerana tidak cukup bukti, lapor agensi berita Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat.

Yameen ditahan bulan lalu atas pertuduhan terbabit pengubahan wang haram dan mahkamah memerintahkan beliau ditahan sehingga kes terbabit selesai. 

Pihak pendakwa memohon mahkamah menahan Yameen untuk mengelakkan beliau mengganggu siasatan.  

Pada Khamis Mahkamah Tinggi Maldives mendapati pihak pendawa gagal memberikan bukti yang cukup bagi membolehkan tempoh tahanan dilanjutkan. 

Yameen dikenakan tahanan rumah kerana masalah kesihatan.

Bekas presiden itu didakwa melakukan pengubahan wang haram dan akaun bank miliknya turut dibekukan. 

Beliau menafikan semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dan mengemukakan rayuan. – Bernama, 29 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen