PRESIDEN Donald Trump membayangkan cubaan Parti Demokrat Amerika Syarikat untuk membatalkan keputusan pilihan raya Presiden 2016, menyaksikan Trump menumpaskan calon Demokrat Hillary Clinton, gagal ekoran kegagalan peguam khas Amerika, Robert Mueller membuktikan kempen Trump mendapat sokongan Rusia.
Agensi berita Sputnik melaporkan minggu lalu Mueller telah menyelesaikan laporan siasatan selama dua tahun itu.
Pada Ahad, Peguam Negara AS William Barr menerusi sepucuk surat kepada Kongres, laporan itu tidak menyatakan mereka yang terlibat dengan kempen Trump telah berkomplot dengan kerajaan Rusia untuk mencampuri proses pilihan raya.
“Anda tahu ia sangat menarik, Robert Mueller baik dengan Demokrat, sehingga mengatakan tiada konspirasi. Mereka tidak suka dengan dia sekarang. Percubaan tidak berasas Parti Demokrat dan berita tidak benar oleh pihak media menjadikan usaha untuk membatalkan keputusan pilihan raya 2016 menemui kegagalan,” kata Trump pada satu perhimpunan di Michigan, memetik CNN.
Trump turut menyifatkan anggota Parti Demokrat sebagai “kalah teruk.” – Bernama, 29 Mac, 2019.
Komen