PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Presiden Moon Jae-in akan akan mengadakan pertemuan di Washington pada April depan, umum Seoul hari ini.
Ia susulan sidang kemuncak terakhir antara Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Hanoi menemui jalan buntu.
Kegagalan sidang kemuncak antara Washington dan Pyongyang pada Februari mengenai hala tuju ke arah pembasmian program nuklear Pyongyang sebagai pertukaran kepada pelonggaran sekatan ke atas Korea Utara telah mencetus persoalan.
Jurucakap presiden Korea Selatan berkata Moon akan tiba di Washington pada 11 April bagi lawatan selama dua hari.
Setiausaha akhbar presiden, Yoon Do-han hari ini berkata kedua-dua pemimpin akan berbincang secara mendalam berhubung pendirian mereka mengenai kedamaian di Semenanjung Korea yag bebas dari senjata nuklear.
White House juga mengesahkan lawatan dan rancangan rundingan berkenaan Korea Utara.
Di Seoul, Moon dikritik hebat oleh ahli-ahli politik berhaluan kanan atas tindakannya itu. Seorang ahli Parlimen menuduh Moon bertindak sebagai “jurucakap kanan” Kim. – AFP, 29 Mac, 2019.
Komen