Bekas ketua jabatan anti rasuah Romania didakwa


Bekas ketua jabatan anti rasuah Romania Laura Codruta Kovesi, didakwa atas tuduhan rasuah semalam, kata sumber kehakiman. – Gambar EPA, 29 Mac, 2019.

MAJISTRET Romania Laura Codruta Kovesi, calon kegemaran untuk jawatan pendakwa raya pertama dari Kesatuan Eropah, didakwa atas tuduhan rasuah semalam, kata sumber kehakiman.

Kovesi mengetahui perkara itu dalam perbicaraan enam jam di hadapan panel khas untuk menyiasat majistret.

Kovesi memberitahu wartawan selepas perbicaraan itu bahawa pendakwa raya dilarang membincangkan secara terbuka perincian kes itu.

Bagaimanapun, katanya: “Ia langkah untuk mendiamkan saya, mengganggu kita semua yang bertugas dengan baik dalam sistem kehakiman.”

“Mungkin sesetengah orang sangat terdesak yang saya mungkin dapat jawatan itu (ketua pendakwa raya EU) hinggakan saya tidak dibenarkan bercakap dengan media lagi.”

Kovesi menjadi antara nama penting ketika bertugas sebagai ketua Jabatan Anti Rasuah Romania dari 2013 hingga 2018 sehingga disingkirkan dalam satu kontroversi.

Beliau disoal siasat dalam dua kes berbeza, salah guna kuasa, rasuah da memberikan keterangan palsu, di mana semua tuduhan itu dinafikannya. – AFP, 29 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen