Wartawan Filipina pengkritik Duterte ditahan tuduhan menipu


Wartawan Maria Ressa (dua dari kanan) diiringi pegawai polis selepas ditahan di lapangan terbang Manila hari ini. – Gambar AFP, 29 Mac, 2019.

WARTAWAN Filipina Maria Ressa, pengkritik tegar Presiden Rodrigo Duterte, ditahan hari ini atas tuduhan penipuan, kata rakan sekerjanya.

Wartawan veteran itu yang dinobatkan sebagai Person of the Year 2018 oleh majalah Time kerana kerjanya, ditahan oleh pihak berkuasa di lapangan terbang Manila, kata Beth Frondoso, pengarang laman web milik Ressa, Rappler. – AFP, 29 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen