SEKURANG-KURANGNYA 11 terbunuh selepas sebuah bom meletup dan memusnahkan restoran berhampiran di Mogadishudi, Somalia.
Pegawai keselamatan dan saksi melaporkan melihat mayat bergelimpangan selepas bom meletup menyebabkan asap memenuhi ruang udara di jalan yang sibuk dengan ahli perniagaan serta pelancong.
Ketika kejadian orang ramai sedang makan tengah hari.
“Setakat ini, kami mengesahkan angka kematian adalah 11 orang, manakala 16 lagi cedera.
“Jumlahnya dijangka meningkat,” kata pengarah perkhidmatan Aamin Ambulance, Abdulkadir Abdirahman Adan. – AFP, 28 Mac, 2019.
Komen