PASUKAN ekspedisi terdiri pakar dari China, Perancis dan Itali menjalankan aktiviti meneroka gua terpanjang di Asia, Gua Shuanghe yang terletak di wilayah barat daya Guizhou, lapor agensi berita Xinhua.
Menerusi penerokaan itu, panjang gua yang terletak di Perbandaran Wenquan di daerah Suiyang di bandar Zunyi dikemaskini kepada 257.4 km dari 238.48 km sebelumnya.
Seramai 30 pakar antarabangsa meneroka gua itu selama 20 hari dan menjalankan kajian di 100 kawasan selain mengkaji sumber air dan biomas bawah tanah.
Gua kars itu ditemui pada akhir 1980-an, sejak itu satu siri kaji selidik besar-besaran oleh penyelidik Cina dan asing dijalankan secara bersama. – Bernama, 28 Mac, 2019.
Komen