Pembaharuan pasaran buruh tangani gaji rendah, kata Bank Negara


Sheridan Mahavera

Penolong Gabenor Bank Negara, Marzunisham Omar berkata langkah penting untuk menangani masalah gaji rendah adalah pelan komprehensif mengenai tenaga kerja asing yang akan mengurangkan jumlah pekerja kurang mahir di negara ini. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 Mac, 2019.

MENGHUBUNGKAN gaji dengan tahap produktiviti dan faedah pelaburan kepada pekerjaan berkemahiran tinggi adalah beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan sekiranya serius menangani masalah gaji rendah, kata pegawai kanan Bank Negara Malaysia (BNM).

Penolong Gabenor BNM, Marzunisham Omar berkata, satu lagi langkah penting adalah rancangan komprehensif mengenai tenaga kerja asing yang akan mengurangkan jumlah pekerja asing yang tidak berpengalaman dan murah di negara ini.

“Pembaharuan pasaran buruh sangat diperlukan,” katanya dalam satu forum membincangkan laporan tahunan BNM 2018 dan kajian tambahan mengenai gaji Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Kajian menunjukkan purata pekerja Malaysia dibayar di bawah paras produktiviti berbanding dengan mereka yang bekerja di Singapura, Jerman dan Amerika Syarikat.

Bagi setiap keluaran produktiviti bernilai USD1,000, rakyat Malaysia dibayar USD340 berbanding USD510 dalam penanda aras ekonomi BNM.

Kajian mendapati pekerja yang bekerja di dalam sektor perlombongan, pembinaan, peruncitan, teknologi maklumat dan perbankan dibayar di bawah tahap produktiviti mereka. – 28 Mac, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen