Kedah tubuh hub aeropolis utara


Looi Sue-Chern

Menteri Besar Mukhriz Mahathir mengatakan bahawa memorandum persefahaman antara Menteri Besar Incorporated dan syarikat aeroangkasa akan menjadikan Kedah hub penerbangan dan meningkatkan pembangunan perindustrian negeri. - Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 28 Mac, 2019.

KEDAH sedang menubuhkan Hub Aeropolis dan Aerospace Utara yang dijangka menarik pelaburan sebanyak RM1 bilion kepada RM2 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI), Dr Muhammad Mahadi Mohamad berkata, pusat itu akan berada di Alor Setar.

“Kami juga akan meninjau lokasi berpotensi di Langkawi dan Kulim,” katanya kepada pemberita di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di Langkawi hari ini.
Beliau berkata, hab itu akan diperkenalkan dalam tiga fasa – perhimpunan di Lapangan Terbang Alor Setar pada fasa pertama diikuti pembuatan dalam fasa kedua dan pemindahan teknologi yang memberi manfaat kepada pelajar tempatan di peringkat ketiga.

Fasa pertama akan mewujudkan 800 peluang pekerjaan sementara fasa seterusnya menyasarkan 200 pekerjaan.

“Hab itu akan melengkapkan industry aeroangkasa sedia ada di Bukit Kayu Hitam,” katanya merujuk kepada Aerospace Composites Malaysia (ACM) yang menyediakan fabrikasi komposit dan pemasangan alat ganti kecil untuk industry aeroangkasa global.

“Inisiatif menubuhkan hab ini sebagai permulaan industri di Kedah. Kami sedang berusaha mewujudkan minat untuk melabur di Kedah.

“Kebetulan Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (Lima) sedang berlangsung sekarang di mana kita boleh bertemu dan menjemput mereka datang serta melabur,” katanya.

Mahadi berkata, beberapa syarikat sudah menyatakan minat mereka.  – 28 Mac, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen