30 penduduk Orang Asli Guatemala maut dilanggar trak


Kira-kira 30 penduduk dari komuniti Orang Asli Guatemala terbunuh malam tadi selepas dilanggar sebuah trak di lebuh raya. – Gambar fail AFP, 28 Mac, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA 30 penduduk dari komuniti Orang Asli Guatemala terbunuh malam tadi selepas dilanggar sebuah trak di lebuh raya.

Jurucakap pasukan penyelamat, Cecilio Chacaj memberitahu wartawan, petugas Jabatan Bomba Perbandaran menemui sekurang-kurangnya 30 mangsa di tempat kejadian.

Difahamkan nahas itu berlaku apabila kumpulan penduduk terbabit berhimpun di lokasi langgar lari yang meragut nyawa seorang individu lain sebelum mereka pula dilanggar trak berkenaan. – AFP, 28 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen