KERTAS Putih Felda akan dibentangkan pada minggu terakhir sidang Dewan Rakyat dua minggu lagi, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohd Radzi Mohd Jidin.
Katanya, dokumen itu antara lain akan mendedahkan skandal kewangan agensi selain memperincikan perancangan berkaitan isu peneroka.
“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kertas Putih Felda akan dibentangkan pada minggu terakhir sidang Dewan Rakyat kali ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Radzi menjawab soalan ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah yang meminta kerajaan menjelaskan status terkini Kertas Putih Felda.
Kertas Putih Felda sepatutnya dibentangkan pada tahun lepas namun ditangguhkan.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali, berkata keputusan menangguhkan pembentangan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara. – 28 Mac, 2019
MENYUSUL
Komen