Khoo Salma berjuang untuk pengangkutan lebih baik, lindungi warisan


Looi Sue-Chern

Aktivis warisan dan juga penulis dihormati Khoo Salma Nasution, menempa satu lagi kejayaan yang boleh dibanggakan apabila dilantik menjadi ahli mesyuarat terbaharu Majlis Bandaraya Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight, 8 April, 2017.

AKTIVIS warisan Khoo Salma Nasution melakukan banyak perkara; sebenarnya, ia mengambil masa lebih 10 minit hanya untuk membaca profil terperinci beliau di laman sesawang Areca Books.

Generasi kelima Peranakan Pulau Pinang berusia 54 tahun ini adalah penulis yang pernah memenangi anugerah bagi penghasilan secara bersama15 buku mengenai Pulau Pinang dan Perak, sejarah sosial, warisan budaya dan pembangunan mapan; serta editor dan rakan kongsi di syarikat penerbitan Areca Books.

Bukunya yang ditulis pada 2014, “The Chulia in Penang: Patronage and Place-Making around the Kapitan Keling Mosque 1786-1857” memenangi Anugerah International Convention of Asia Scholars (ICAS) Colleague’s Choice bagi 2015.

Beliau banyak menulis artikel untuk jurnal ilmiah, majalah, surat berita dan persidangan, serta merintis penghasilan peta warisan di Malaysia sejak 1992.

Bekas presiden Persatuan Warisan Pulau Pinang (PHT) 2009-2015 ini mungkin paling dikenali sebagai juara pemuliharaan warisan, dan kini menempa satu lagi kejayaan sebagai ahli terbaru Majlis Mesyuarat Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Dilantik pada Januari, beliau segala membawa pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam bidang pemuliharaan warisan, sejarah Pulau Pinang, dan kemampuannya yang mapan kepada majlis dengan harapan menjadikan pulau itu tempat lebih baik bagi penduduknya.

“Tugas ahli majlis sesuai untuk saya,” kata Salma kepada The Malaysian Insight dalam satu temu bual baru-baru ini di pejabat Areca Book di Lebuh Acheh, semasa memberitahu ia merupakan cita-cita lama untuk berkhidmat dengan majlis kerajaan tempatan, MBPP.

Beberapa tahun lalu, beliau mahu bertanding sebagai ahli Majlis jika terdapat pilihan raya tempatan di Pulau Pinang, tetapi ia tidak dihidupkan semula, beliau akhirnya terlupa mengenainya dan bergerak meneruskan kehidupan - berkahwin dan membesarkan anak.

Peluang berkhidmat datang apabila Forum Pulau Pinang – badan penaung NGO, di mana PHT adalah ahlinya – mencalonkan beliau untuk menduduki Majlis semasa mesyuarat Disember lalu.

“Saya tidak ada di situ. Saya mendapat tahu apabila rakan ahli menghantar SMS mengucapkan tahniah kepada saya. Saya kemudian mendapat tahu lima orang termasuk saya dicalonkan. Empat menolak.

“Selepas menimbangkannya, saya menerima pencalonan, berfikir ia akan menjadi sesuatu yang menarik,” kata ibu kepada tiga anak, yang merupakan seorang daripada empat wakil NGO bagi barisan Majlis tahun ini.

Salma menggantikan Dr Lim Mah Hui, seorang kritikal dan lantang, yang menolak pencalonan semula oleh Forum Pulau Pinang bagi penggal 2017 selepas berkhidmat enam tahun.

Lim mencetuskan kontroversi tahun lalu selepas menghantar surat kepada Unesco yang membangkitkan kebimbangan terhadap Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) – projek besar bernilai RM46 bilion iaitu projek menyeluruh bagi pengangkutan untuk menyelesaikan masalah lalu lintas di Pulau Pinang – akan meletakkan tapak warisan dunia status George Town (WHS) dalam situasi berisiko.

Beliau dikritik ahli politik, rakan ahli majlis dan Ketua Menteri Lim Guan Eng, dan dipanggil pembohong dan pengkhianat.

Apabila Lim enggan dilantik semula ke majlis itu, beliau dilaporkan berkata tidak lagi mahu berkhidmat “kerana perubahan di Pulau Pinang yang kita inginkan nampaknya tidak berlaku”.

Forum Pulau Pinang juga mempunyai perbalahan dengan pihak berkuasa beberapa tahun kebelakangan ini apabila ia mendedahkan degradasi beberapa bukit di negeri ini dan mengkritik PTMP.

Tahun lepas, NGO memulakan petisyen dalam talian di change.org untuk menggesa kerajaan Pulau Pinang menerima pakai “Lebih Baik, Lebih Murah, Lebih Cepat, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang dengan menggunakan BRT (bus rapid transit) dan tem sebagai cara pilihan bagi pengangkutan awam”.

PTMP mempunyai gabungan tujuh mod pengangkutan – jalan raya, transit aliran ringan, monorel, trem, bas BRT/feeder, kereta kabel dan pengangkutan air.

Pendirian tegas terhadap PTMP

Salma sendiri secara terbuka mengkritik PTMP, kerajaan negeri pimpinan DAP yang komited untuk melihatnya dilaksanakan.

“Saya baru-baru ini mengemukakan 50 soalan kepada majlis berkenaan PTMP. Belum ada jawapan,” katanya.

Salma berkata PTMP ketinggalan zaman, dengan alasan pihak berkuasa perlu melihat trend terkini, bukannya strategi mega-projek.

Pelan induk, dengan cadangan Penambakan Pulau Pinang Selatan – tiga pulau buatan manusia di luar pantai selatan pulau yang hendak dilelong oleh kerajaan untuk membiayai projek – adalah keterlaluan, katanya.

“Kita membaca di mana-mana bandar di Eropah menurunkan pengeluaran karbon mereka, berfikir perubahan iklim.

“Penduduk Pulau Pinang tidak boleh hidup dalam gelembung dan berfikir perubahan iklim tidak akan memberi kesan kepada mereka untuk beberapa tahun akan datang. Kita juga mempunyai kewajipan mengurangkan pelepasan karbon kita.

“Jika kerajaan masih terbuka kepada dialog, saya fikir kita masih boleh memperbaiki pelan induk itu. Kita perlu satu pelan induk, tetapi lebih baik, cepat dan murah,” katanya.

Salma berkata, Majlis Pengangkutan Pulau Pinang – sebuah badan penasihat yang ditubuhkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan pengangkutan di negeri ini – perlu berusaha bagi penyelesaian lebih baik untuk meningkatkan mobiliti rakyat, bukan kenderaan.

Pertahan warisan George Town

Mewarisi portfolio Lim, Salma adalah tiga ahli jawatankuasa tetap – perancangan pembangunan, infrastruktur dan lalu lintas, serta kewangan.

Dengan latar belakang beliau, jawatankuasa kecil kegemarannya adalah warisan dan bangunan kawalan, landskap dan pengangkutan mampan, katanya.

Rakannya daripada kalangan warisan secara semula jadi mengharapkannya melakukan lebih banyak untuk memastikan pemuliharaan warisan, memandangkan beliau kini “orang dalam” majlis.

Isu pertama yang sedang beliau sedang uruskan adalah dakwaan kumpulan Tindakan Warisan George Town (GTHA) yang terdapat kerja pengubahsuaian tertentu gagal mematuhi kehendak warisan yang ketat dan standard.

Salma, yang pada masa lalu juga mengkritik pihak berkuasa kerajaan ke atas isu pemuliharaan warisan, berkata  mengawasi status posting akaun GTHA untuk makluman dirinya.

“Kita tidak akan tahu sama ada kerja itu sah atau tidak. Kami menyerahkan gambar ke Jabatan Pemuliharaan Warisan majlis untuk menyiasatnya.

“Jika kita tahu tiada permit diberikan, inspektor bangunan akan dihantar untuk menyiasat dan mengeluarkan arahan memberhentikan kerja,” katanya.

Salma berkata beberapa perintah menghentikan kerja sudah dikeluarkan pada Mac berhubung kerja haram dan menggunakan bahan bangunan yang salah, seperti simen dan bukannya kapur.

“Kami tidak mempunyai kadar kejayaan 100%, tetapi banyak kerja haram dapat dilaporkan dan disusuli tindakan,” katanya, sambil menambah pegawai daripada jabatan itu melakukan rondaan berkala.

Fasilitator

Berkongsi sedikit pandangan mengenai jawatannya, Salma berkata beliau memainkan peranan sebagai perantara, menyampaikan pertanyaan dan aduan daripada rakyat untuk Majlis itu.

“Ia adalah seperti berada dalam biro aduan. Ia mudah hari ini dengan aplikasi seperti Whatsapp,” katanya.

Dengan bantuan kenalan daripada persatuan penduduk dan Forum Pulau Pinang, yang mempunyai ahli dengan kepakaran dalam pelbagai bidang, beliau boleh mengemukakan pandangan, cadangan dan soalan rakyat kepada MBPP.

“Mungkin ada soalan mengenai kebimbangan pemangkasan pokok, pemugaran terbuka bukit dan perkara lain. Saya akan kemukakan kepada majlis untuk tindakan selanjutnya.

“Saya cuba memudahkan responsif majlis terhadap aduan orang ramai. Ia adalah tugas saya untuk memeriksa dan memastikan tindakan diambil,” katanya.

Salma berkata bagi menjadikan dirinya dapat bertugas dengan baik, beliau banyak belajar tentang peranan menjadi ahli Majlis dan budaya MBPP.

“Ia adalah pembelajaran yang menarik mengenai bagaimana Majlis dan jabatan berbeza bekerja, dan juga mengapa sesetengah idea boleh dilaksanakan dan ada yang tidak.

“Saya juga sudah boleh bekerjasama dengan Datuk Bandar (Patahiyah Ismail) dan ahli majlis lain,” katanya.

Selain empat wakil NGO, 20 ahli majlis yang lain adalah daripada DAP, PKR dan Amanah – parti politik yang membentuk pentadbiran Pakatan Harapan. – 8 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen