BEBERAPA orang cedera dalam satu letupan di Stockholm hari ini, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan SVT Sweden.
Letupan itu yang berlaku pada kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan di pinggir Vinsta di barat Stockholm memusnahkan sebuah hotel dan beberapa buah kereta serta merosakkan rumah di kawasan berhampiran.
“Berdasarkan maklumat yang saya terima, satu letupan besar telah berlaku,” kata pegawai polis Fredrik Andersson kepada SVT.
Orang ramai yang berada berhampiran lokasi letupan terkejut manakala mangsa yang cedera ringan telah dikejarkan ke hospital, kata Andersson.
Polis menjalankan siasatan awal berhubung insiden itu. – Bernama, 27 Mac, 2019.
Komen