RANGKA spesies Tyrannosaurus rex (T.rex) yang ditemui di Kanada adalah yang terbesar di dunia, lapor agensi berita China Xinhua memetik dakwaan satu kajian baharu.
Penyelidik dari Universiti Alberta percaya T.rex itu yang digelar Scotty adalah lebih 12.8 meter panjang dan seberat 8.87 tan menjadikannya T.rex paling besar pernah ditemui di Kanada, menurut kajian yang disiarkan dalam jurnal The Anatomical Record pada 21 Mac.
Scotty ditemui di Saskatchewan yang terletak di barat Kanada pada 1991.
Paleontologi mengambil masa hampir sedekad untuk mengeluarkan rangkanya yang besar dari pasir yang sudah mengeras.
Kekurangan spesimen T.rex lain yang sebesar dan sematang itu secara relatif mencadangkan bahawa haiwan liar ini cenderung mati sebelum beratnya melebihi paras 8.8 tan, menurut kajian itu. – Bernama, 27 Mac, 2019.
Komen