Angkasawan Rusia bakal uji pendorong yang dipandu dron di ISS


ANGKASAWAN Rusia akan menjalankan satu eksperimen berhubung pengendalian pendorong yang dipandu dron di atas Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). – Gambar EPA, 27 Mac, 2019.

ANGKASAWAN Rusia akan menjalankan satu eksperimen berhubung pengendalian pendorong yang dipandu dron di atas Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan pada Rabu.

“Eksperimen itu diperkenal ke dalam program ini. Semasa eksperimen dengan pendorong yang dipandu dron, pada mulanya ia merancang untuk mereka bentuk badan dan sistem pendorongannya,” kata Alexander Bloshenko, penasihat ketua perbadanan negara Roscosmos kepada agensi berita Sputnik.

Berdasarkan keputusan yang diterima, dron kedua akan dibangun dan direka untuk bertugas di angkasa lepas. 

Ujian membabitkan dron dirancang dilakukan sehingga 2023, kata Bloshenko.

Pada 15 Mac, kapal angkasa Soyuz MS-12 berjaya berlabuh di ISS. 

Kru ISS ketika ini terdiri daripada angkasawan Rusia merangkap Komander Oleg Kononenko, angkawasan Rusia Alexey Ovchinin, angkasawan Kanada David Saint-Jacques serta tiga angkasawan Amerika Syarikat iaitu Anne McClain, Nick Hague dan Christina Koch.  – Bernama, 27 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen