2 juvana tertuduh kes bunuh CEO Cradle Fund dibenar ikat jamin


Alfian Z.M. Tahir

Ahli keluarga tertuduh kes bunuh CEO Cradle Fund kelihatan menunggu di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 27 Mac, 2019.

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan dua juvana dibebaskan dengan ikat jamin ketika mereka menghadiri perbicaraan kes pembunuhan ketua pegawai eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan.

Hakim Ab Karim Ab Rahman mengenakan ikat jamin RM50,000 setiap seorang dengan dua penjamin berasingan untuk kedua-dua remaja lelaki itu.

Hakim juga memerintahkan beberapa syarat untuk dipatuhi kedua-dua tertuduh termasuk menyerahkan pasport antarabangsa mereka.

Pada 12 Mac, dua remaja lelaki itu – nama kedua-duanya tidak boleh didedahkan kerana masih bawah umur – dan isteri Nazrin, Samirah Muzaffar dituduh bersama membunuh CEO itu.

Pembantu rumah Samirah, seorang warga Indonesia Eka Wahayu Lestari turut dituduh walau tanpa kehadiran.

Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah. Lazimnya, ikat jamin tidak diberikan dalam kes bunuh. – 27 Mac, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen