Pengedar dadah UK cuba lari dari Australia naik jet ski


POLIS Australia hari ini menangkap seorang warga Britain disyaki pengedar dadah yang cuba melarikan diri ke Papua New Guinea dengan menaiki jet ski.

Polis sempadan berkata mereka menerima maklumat bahawa “seorang lelaki, mungkin bersenjata dan membawa bekalan serta minyak tambahan, dilihat menaiki jet ski” dari semenanjung di timur laut negara itu.

Suspek seorang warga UK berusia 57 tahun itu disenaraikan dalam waran tangkap berkaitan kesalahan dadah di barat Australia – ditahan di kawasan air surut beberapa kilometer dari tanah besar Papua New Guinea.

Dia menaiki jet ski sepanjan 150km merentasi Selat Torres.

Lelaki itu pada masa ini sedang menunggu untuk diekstradisi ke barat Australia. Jet ski miliknya turut ditahan. – AFP, 27 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen