Dakwaan terhadap pelakon Jussie Smollett digugurkan


Pelakon siri Empayar, Jussie Smollett keluar dari mahkamah di Chicago selepas 16 pertuduhan terhadapnya digugurkan berkaitan dakwaan beliau membuat tuduhan palsu. – Gambar AFP, 27 Mac, 2019.

PIHAK berkuasa Chicago menggugurkan dakwaan ke atas seorang pelakon siri televisyen Amerika Syarikat (AS) yang dituduh memalsukan jenayah kebencian.

Pendakwa berkata mereka menggugurkan semua 16 kes jenayah terhadap bintang siri televisyen “Empayar”, Jussie Smollett sebagai pertukaran untuk menjalankan khidmat masyarakat selain membayar bon AS$10,000 (RM40,748).

Sebaliknya peguam Smollett mendakwa tiada sebarang persetujuan dicapai dan pelakon itu menjadi mangsa penghakiman yang membuta tuli.

“Tiada perjanjian dibuat. Mahkamah menggugurkan dakwaan itu,” kata peguam Patricia Holmes.

Aktor berusia 36 tahun itu antara pelakon utama “Empire” bersama Taraji P. Henson, dituduh memalsukan satu serangan di bandar Chicago untuk mendapatkan publisiti dan bayaran yang lebih besar.

Smollett melaporkan kepada polis dia diserang pada tengah malam Januari lalu oleh dua lelaki bertopeng ketika berjalan berhampiran kediamannya. – AFP, 27 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen