POLIS Christchurch melancarkan siasatan segera pada Rabu untuk mengetahui sama ada seorang lelaki yang mati selepas insiden konfrontasi awal pagi dengan anggota polis bersenjata, ada kaitan dengan serangan masjid yang membunuh 50 orang.
Polis menyerbu rumah lelaki berusia 54 tahun itu pada malam Selasa dan mendapati senjata api disorokkan selepas menerima maklumat daripada orang ramai mengenai “tingkah laku mencurigakan”.
Mereka menahan lelaki yang berada di dalam kereta di kawasan Taman Richmond, luar pusat banda Christchurch, dan memulakan rundingan yang berlangsung selama kira-kira tiga jam.
Polis akhirnya mendekati kenderaan tersebut dan mendapati lelaki itu cedera parah dengan luka tikaman yang menyebabkan kematiannya. Mereka tidak menjelaskan bagaimana beliau mendapat luka itu.
Mereka berkata tiada senjata api di dalam kenderaan itu, yang juga diperiksa oleh pakar letupan.
“Keutamaan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada individu yang meninggal atau menimbulkan ancaman kepada masyarakat,” kata polis.
Dalam keadaan berjaga-jaga susulan pembunuhan senjata New Zealand kurang dua minggu lalu, polis berkata mereka juga akan mencari sebarang kaitan dengan serangan masjid.
“Pada masa ini tiada bukti menunjukkan individu ini mempunyai sebarang kaitan dengan serangan 15 Mac, tetapi ini merupakan bahagian penting dalam siasatan,” kata mereka.
Christchurch akan menjadi tuan rumah bagi upcara memperingati peringkat negara bagi mangsa serangan pada Jumaat dan polis menggesa orang ramai terus waspada. – AFP, 27 Mac, 2019.
Komen