Tiga wanita, bayi mati bot tenggelam di Turki


Ankara dan EU bersama-sama dalam perjanjian yang ditanda tangan pada 2016 berjanji membendung aliran pendatang asing ke Eropah, dan bersetuju untuk mengambil semula pendatang yang tiba di pulau-pulau Greece sebagai pertukaran insentif dan bantuan kewangan. – Gambar AFP, 26 Mac, 2019.

TIGA orang wanita dan seorang kanak-kanak meninggal dunia ketika sebuah bot yang membawa pendatang asing tenggelam di laut Turki, kata pengawal pantai Turki pada hari Selasa.

Pihak berkuasa Turki berjaya menyelamatkan lebih 11 orang selepas bot tersebut tenggelam di kawasan kira-kira 1.7 batu nautika dari pantai Canakkale awal pagi Selasa, kata pengawal pantai itu dalam satu kenyataan.

Agensi berita Anadolu berkata para pendatang itu berasal dari Afghanistan dan Iran.

Turki menerima hampir empat juta pelarian ekoran perang di Syria. Ia merupakan satu laluan penting bagi pendatang haram yang cuba menuju ke negara-negara Eropah.

Sekitar sejuta orang, terutama mereka yang melarikan diri daripada konflik di Syria, menyeberang negara Kesatuan Eropah (EU) Greece dari Turkin pada tahun 2015 selepas bermulanya krisis penghijrahan beramai-ramai paling buruk sejak Perang Dunia Kedua.

Ankara dan EU bersama-sama dalam perjanjian yang ditandatangan pada 2016 berjanji membendung aliran pendatang asing ke Eropah, dan bersetuju untuk mengambil semula pendatang yang tiba di pulau-pulau Greece sebagai pertukaran insentif dan bantuan kewangan. – AFP, 26 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen