HAMPIR setengah juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal (IDP) dan kembali ke kampung halaman masing-masing di Libya kini memerlukan bantuan kemanusiaan, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) pada Isnin.
“Ketika ini di Libya, terdapat lebih 445,000 penduduk yang kembali ke rumah masing-masing memerlukan bantuan kemanusiaan,” menurut UNHCR.
Banyak keluarga Libya kini tinggal di kawasan yang dikelilingi saki-baki tinggalan perang tidak meletup berhampiran kediaman mereka yang telah musnah.
Beberapa bandar Libya terjejas susulan konflik bersenjata selama bertahun-tahun, manakala pihak berkuasa sedang bergelut menyediakan perkhidmatan asas untuk rakyat terutama pendidikan dan penjagaan kesihatan yang sempurna.
Pada Februari, Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di (UNSMIL) dan kerajaan Libya melancarkan pelan tindak balas kemanusiaan bernilai AS$202 kepada lebih setengah juta penduduk di negara itu bagi memenuhi keperluan kemanusiaan mereka yang penting termasuk penjagaan kesihatan, air dan pendidikan. – Bernama, 26 Mac, 2019.
Komen