Pentagon benar RM4 bilion, bina tembok sempadan Trump


PEMANGKU ketua Pentagon Patrick Shanahan hari ini berkata beliau membenarkan dana AS$1 bilion (RM4 bilion) untuk membina sebahagian tembok yang diingini Presiden Donald Trump di sepanjang sempadan Amerika Syarikat (AS) dan Mexico.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri meminta Pentagon untuk membina 92km pagar setinggi 5.5 meter, membina dan memperbaiki jalan raya selain memasang lampu, tanda menyokong perisytiharan kecemasan Trump ke atas sempadan berkenaan.

Shanahan memberi kuasa kepada pegawai pemerintah Kor Kejuruteraan AS untuk memulakan perancangan dan pelaksanaan dengan membelanjakan sehingga AS$1 bilion (RM4 bilion) bagi menyokong Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Rondaan Kastam dan Sempadan,” kata Pentagon dalam satu kenyataan. – AFP, 26 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen