Sundra Rajoo didakwa 3 tuduhan pecah amanah


Bede Hong

Sundra Rajoo dihadapkan tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan sekurang-kurangya RM1 juta ketika masih menjadi pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) antara 2016 dan 2017. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 26 Mac, 2019.

SUNDRA Rajoo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bagi tiga tiga pertuduhan pecah amanah.

Pertuduhan melibatkan sekurang-kurangya RM1 juta ketika masih menjadi pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) antara 2016 dan 2017.

Beliau yang memakai sut hitam dan diwakili peguam S. Narkunavathy, kelihatan tenang di mahkamah.

Hakim Azura Alwi membenarkan Sundra diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin walaupu dibantah peguamnya yang mahu jumlah jaminan dikenakan sebanyak RM50,000.

Azura juga memerintahkan Sundra menyerahkan pasportnya pada Selasa depan, selepas lawatan kerja beliau berakhir pada Isnin depan.

Narkunavathy berkata anak guamnya telah memberi kerjasama dengan pihak berkuasa sejak November, iaitu ketika Sundar ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar ketika berhujah berkata Sundra tidak memberi kerjasama kerana mematikan telefon sejak beberapa hari, menyebabkan pihak berkuasa gagal menghubunginya.

Terdahulu pagi tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa khas) memutuskan Sundara tiada imuniti daripada dikenakan sebarang pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Nordin Hassan juga menolak permohonan semakan semula kehakiman berkenaan surat layang yang dikirim kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan yang mendakwa Sundra merasuah menteri untuk mengekalkan jawatannya. – 26 Mac, 2019.

Berita penuh di sini.      


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen