TIGA menteri muda Britian semalam meletak jawatan berhubung isu Brexit, membantah tindakan Perdana Menteri Theresa May untuk menyokong rancangan untuk membolehkan ahli-ahli Parlimen lebih bersuara berkenaan pengunduran dari Kesatuan Eropah (EU).
Menteri Luar Negeri Alistair Burt dan Menteri Kesihatan Steve Brine meletak jawatan, kata sumber kerajaan kepada AFP. Manakala Menteri Perniagaan Richard Harrington mengumumkan keputusannya di Twitter.
Mereka antara 30 ahli Parti Konservatif yang dipimpin May yang menentangnya untuk memberi undi memihak kepada usul yang memberi kuasa kepada ahli-ahli Parlimen mengendalikan Parlimen minggu ini. Kuasa ini membolehkan mereka memberi cadangan alternatif Brexit.
Harrington dalam surat peletakan jawatannya berkata pendekatan kerajaan ibarat mempertaruhkan hidup dan mata pencarian rakyat.
Beliau juga berkata akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk mengelak Britain keluar dari EU tanpa perjanjian. – AFP, 26 Mac, 2019.
Komen