Trump sah iktiraf Bukit Golan hak Israel


PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam menandatangani pengsyitharan kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan. – Gambar AFP, 26 Mac, 2019.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam menandatangani pengsyitharan kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan.

Bukit Golan merupakan kawasan sempadan yang dirampas dari Syira pada 1967.

“Ini (pengiktirafan) mengambil masa yang lama,” kata Trump disertai Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di White House.

Pengiktirafan AS itu bertentangan dengan persetujuan antarabangsa yang dicapai sejak berdekad lamanya.

Netanyahu menyifatkan pengiktirafan itu “bersejarah” dan berkata Bukit Golan yang masih dituntut Syria itu akan kekal di bawah kawalan Israel.

“Kami tidak akan lepaskan.

“Pengiktirafan ini pada ketika Golan amat penting berbanding sebelum ini demi keselamatan kami,” katanya. – AFP, 26 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen