AAM persoal pendaftaran dibatal


Ragananthini Vethasalam

Pendaftaran Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dibatalkan tanpa digantung terlebih dahulu, mencetus curiga atas tindakan itu ketika persatuan lain ingin menjadi pentadbir sukan permotoran negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Mac, 2019.

PERSATUAN Automobil Malaysia (AAM) dibatalkan sebagai persatuan sukan tanpa digantung terlebih dahulu, mencetus curiga atas tindakan itu ketika persatuan lain ingin menjadi badan pengelola sukan permotoran negara.

Pengerusinya, Mudzaffar Mustapha memberitahu The Malaysian Insight persatuan itu menerima surat bertarikh 30 November, 2018 dari pesuruhjaya sukan, mengatakan pendaftaran AAM telah dibatalkan.

“Kami tak digantung. Tetapi pada 30 November, 2018, kami terima surat mengatakan pesuruhjaya sukan membatalkan pendaftaran kami,” kata Mudzaffar.

Pesuruhjaya Sukan Zaiton Othman dilaporkan berkata keputusan tersebut dibuat selepas AAM didakwa gagal mengemukakan laporan tahunan dan meminda perlembagaannya.

Mudzaffar berkata AAM beberapa kali menemui pesuruhjaya sukan itu bagi menerangkan situasi dialami persatuan itu.

“Kami sudah berjumpa pesuruhjaya sukan untuk terangkan situasi AAM dan proses untuk kemas kini perlembagaan… yang perlu dibentangkan pada mesyuarat AGM untuk dapatkan persetujuan ahli… prosedur biasa…”

Tindakan yang dikenakan ke atas AAM itu menimbulkan persoalan selepas Putrajaya baru-baru ini mendedahkan yang ia melobi Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIM) untuk Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) dan mengambil peranan AAM sebagai badan pengelola sukan permotoran negara.

Mudzaffar juga berkata ini merupakan kali pertama bagi sebuah sekutu mahu mengambil alih kuasa persekutuan kebangsaan.

Beliau merujuk kepada surat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada FIM pada September lalu, untuk mengiktiraf MAM mentadbir Federation of Motorcycliste Nationale (FMN) - atau  Pihak Berkuasa Sukan Kebangsaan (ASN) - untuk Malaysia.

Surat yang dilihat The Malaysian Insight itu turut menyebut MAM mendapat sokongan penuh dari kementerian bagi permohonannya sebagai ahli FIM.

Apabila ditanya jika ada AAM ada menghubungi FIM selepas mendapat surat itu, Mudzaffar berkata persatuan itu diminta untuk menyatakan pendiriannya.

“FIM meminta komen dari kami. Kami katakan yang ini belum pernah berlaku untuk sebuah sekutu mengambil alih kuasa persekutuan kebangsaan.

“Bagi FIM, sebarang langkah seperti itu memerlukan prosedur due diligence (yang akan dijalankan) oleh Lembaga FIM dan jika (ada) merit (kepadanya) keputusan hanya boleh ditentukan pada AGM FIM, yang mana 120 delegasi akan mengundi. Ini selaras dengan undang-undang FIM. Sama juga dengan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).” – 26 Mac, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen