Trump iktiraf Golan Heights wilayah berdaulat Israel


Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kini mengadakan lawatan di AS untuk bertemu Presiden Donald Trump. – Gambar EPA, 25 Mac, 2019.

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump akan mengiktiraf secara rasmi Golan Heights sebagai wilayah berdaulat Israel, kata Naib Presiden Mike Pence.

Pengiktirafan itu akan dibuat bersama-sama dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

“Buat kali pertama dalam tempoh 52 tahun, dengan Perdana Menteri Netanyahu berada bersama, presiden AS akan mengiktiraf kedaulatan wilayah Golan Heights di Israel,” kata Pence.

Golan Heights merupakan wilayah milik Syria yang dijajah Israel semasa Perang Enam Hari pada 1967.

Pada perang itu, rejim Zionis turut menjajah Tebing Barat, Gaza dan semenanjung Sinai milik Mesir. – AFP, 25 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen