HAMAS menafikan tuduhan Israel kononnya pergerakan Palestin itu terlibat dalam serangan roket di utara Tel Aviv yang mencederakan tujuh pendatang Yahudi.
“Tiada pergerakan penentang termasuk Hamas, terlibat dalam serangan roket dari Semenanjung Gaza ke arah kedudukan musuh,” kata seorang pegawai Hamas yang enggan dikenali.
Katanya kejadian itu mungkin berpunca akibat cuaca buruk.
Beliau memberi mesej yang sama kepada Mesir, pihak tengah yang mengusahakan rundingan damai antara Israel dan Palestin.
Israel menuduh Hamas melancarkan roket dari Rafah, kira-kira 120 kilometer dari lokasi sasaran.
Susulan serangan itu, rejim Zionis mengerahkan tentera tambahan ke sempadan Gaza dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memendekkan tempoh lawatan ke Amerika Syarikat. – AFP, 25 Mac, 2019.
Komen