Israel kerah askar tambahan ke Gaza, tuduh Hamas lancar roket


Tentera Israel mengumumkan kerahan dua briged tambahan ke sempadan Gaza selain mengerahkan sejumlah askar simpanan susulan serangan roket di Tel Aviv. – Gambar EPA, 25 Mac, 2019.

TENTERA Israel menuduh Hamas melancarkan serangan roket di utara Tel Aviv hari ini yang mengakibatkan tujuh orang cedera, dan mengerah lebih banyak tentera ke sempadan Gaza.

Rejim Zionis dalam kenyataannya berkata serangan roket itu yang dilancarkan dari kawasan Rafah mengenai sebuah rumah pendatang haram Yahudi di Tel Aviv.

Selain itu, tentera Israel mengumumkan kerahan dua briged tambahan ke sempadan Gaza selain mengerahkan sejumlah askar simpanan.

Serangan roket itu mencapai jarak 120 kilometer dari Rafah, sekali gus membangkitkan kebimbangan pertempuran yang lebih besar tercetus antara Hamas dan Israel.

Terdahulu, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengumumkan untuk memendekkan tempoh lawatan ke Amerika Syarikat (AS) dan pulang ke Israel susulan situasi keselamatan itu.

Netanyahu berkata beliau akan pulang selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden AS Donald Trump.

Hamas setakat ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan membalas tuduhan Israel itu. – AFP, 25 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen