'Serangan' di Disneyland Paris cetus huru-hara


Kepanikan berlaku di Disneyland berikutan salah sangka orang awam terhadap bunyi eskalator yang rosak. – Gambar AFP, 24 Mac, 2019.

RAMAI pelancong yang sedang bercuti berlari huru-hara bagi menyelamatkan diri di Disneyland Paris pada hari Sabtu apabila mereka mereka menyangka bunyi lif atau eskalator yang rosak adalah bunyi daripada senjata api, kata pihak berkuasa dan saksi kejadian.

“Huru-hara tercetus disebabkan bunyi, yang mungkin datang dari lif atau eskalator,” kata seorang pegawai yang tidak mahu namanya didedahkan.

“Panik besar pun berlaku,” kata seorang lagi saksi, yang memperkenalkan dirinya sebagai Alexia, kepada AFP.

“Semua orang menyangka ia adalah serangan, dan selepas beberapa minit, kami dibawa ke bahagian belakang, ramai polis dapat dilihat.”

“Ini penggera palsu, pasukan keselamatan sahkan tiada ancaman berlaku,” kata Kementerian Dalam Negeri Perancis dalam sebuah hantaran ]itter.

Taman tema seluas 30 kilometer di timur Paris tersebut adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling banyak dikunjungi di Eropah. – AFP, 24 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen