POLIS rusuhan menggunakan meriam air bagi menyuraikan himpunan menuntut keadaan lebih baik bagi kerjaya guru di ibu negara Maghribi pada malam Sabtu.
Ribuan guru muda yang menggesa supaya kontrak kerja tetap dilaksanakan kerajaan berarak di jalanan secara aman melalui jalan-jalan di Rabat sambil menyanyikan lagu-lagu seperti “kebebasan, maruah, keadilan sosial”.
Menjelang malam, para penunjuk perasaan memegang lilin dan menggunakan telefon bimbit mereka sebagai obor, sebelum mendirikan sebuah kem sementara di hadapan parlimen.
Polis kemudian dilaporkan menyerbu perhimpunan tersebut selepas penunjuk perasaan enggan meninggalkan kawasan berkenaan selepas lebih dua jam rundingan diadakan, menurut seorang wartawan AFP.
Golongan guru yang memiliki kontrak sementara tersebut, dikatakan telah melancarkan mogok sejak 3 Mac lalu, mereka dikatakan turut menikmati gaji yang sama dengan rakan-rakan yang memiliki kontrak tetap - iaitu sebanyak 5,000 dirham (ASD$520) sebulan.
Bagaimanapun mereka mengadu tidak memiliki hak yang sama, terutamanya faedah-faedah selepas bersara. – AFP, 24 Mac, 2019.
Komen