SATU gempa bumi berukuran 6.3 skala Ritcher berlaku di utara Laut Maluku, Indonesia pada pukul 12.37 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini berkata pusat gempa berada di 1.8 utara dan 126.4 timur serta 138 kilometer timur Bitung, pulau Sulawesi Indonesia.
Gempa dengan kedalaman 10 kilometer itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu dipetik Bernama.
Gegaran itu turut dirasai di Ternate, utara kepulauan Maluku, lapor AFP.
Bagaimanapun gempa itu tidak mencetuskan panik dalam kalangan penduduk tempatan.
Pihak berkuasa Maluku masih menilai tahap kemusnahan ekoran gempa tersebut tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. – Bernama, 24 Mac, 2019.
Komen