AHLI Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam dan beberapa individu diambil keterangan semalam berhubung insiden serangan antara kumpulan pelajar dan penyokong bekas perdana menteri Najib Razak di Pantai Baru, Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Rusdi Mat Isa memberitahu The Malaysian Insight, Lokman dan beberapa individu dipanggil polis semalam.
Bagaimanapun beliau tidak memberi butiran lanjut berhubung perkara itu.
“Polis telah memanggil Lokman dan beberapa individu semalam.
“Kita juga telah merakam kenyataan mereka,” katanya. – 24 Mac, 2019
MENYUSUL
Komen