PILIHAN raya Thailand bermula hari ini sejak rampasan kuasa pada tahun 2014. Ia dijangka mencatatkan jumlah keluar mengundi yang tinggi dalam kalangan masyarakat negara itu.
Rakyat Thailand turut menerima peringatan khas daripada raja Thai untuk menyokong pemimpin yang “baik” dan mengelakkan “kekecohan”.
Semua stesen televisyen negara itu menyiarkan kenyataan daripada Raja Maha Vajiralongkorn sebelum proses pilihan raya bermula di seluruh negara yang menglami pergolakan politik itu.
Pilihan raya itu menyaksikan pertandingan antara junta tentera dan parti bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra. Ia juga dijangka akan menyaksikan gelombang jutaan pengundi baharu.
Junta yang memerintah negara itu berjanji akan menyelamatkan Thailand daripada ketidakstabilan politik yang berlarutan sejak berdekad lalu, protes dan rampasan kuasa.
“Rakyat mahu mengundi, mereka sangat teruja,” kata seorang ahli perniagaan Apiyada Svarachorn ketiak ditemui di pusat mengundi di Bangkok dan menambah rakyat di negara itu masih “terbahagi kepada dua pihak”.
Sementara itu, kenyataan raja Thailand turut mengulangii gesaan Raja Bhumibol Adulyadej dari 1969 yang menggesa rakyat negara itu “menyokong orang yang baik untuk mentadbir masyarakat dan mengekang orang yang tidak baik” bagi menghalang mereka daripada mencetuskan huru-hara.
Pewaris takhtanya, Vajiralongkorn, menggesa rakyat Thailand agar sentiasa mengingati kenyataan mendiang bapanya yang mangkat pada 2016. – AFP, 24 Mac, 2019
Komen