PENGUNJUNG di Disneyland Paris pada Sabtu berasak-asak untuk menyelamatkan diri apabila menyangka bunyi kuat lif atau eskalator yang rosak sebagai bunyi senjata, kata pegawai dan saksi.
“Terdapat rempuhan disebabkan oleh bunyi itu, mungkin disebabkan oleh lif atau eskalator,” kata seorang pegawai yang tidak mahu dinamakan.
“Suasana sangat panik,” kata seorang saksi, yang memperkenalkan dirinya sebagai Alexia, kepada AFP.
“Semua orang menyangka ia adalah serangan. Selepas beberapa minit, mereka membawa kami ke luar melalui bahagian belakang. Polis ada di merata tempat.”
“Amaran palsu, pasukan keselamatan mengesahkan tiada ancaman,” kata Kementerian Dalam Negeri Perancis di Twitter.
Kompleks taman tema terletak 30 kilometer (18 batu) di timur Paris adalah salah satu destinasi pelancongan swasta paling banyak dikunjungi di Eropah. – AFP, 24 Mac, 2019.
Komen