Imej Jacinda Ardern terpancar di Burj Khalifa


Foto dikeluarkan Pejabat Diplomasi Awam Dubai menunjukkan Burj Khalifa dipancari imej Ardern bertudung sedang memeluk seorang wanita Islam kerana tragedi itu, dengan perkataan keamanan dalam Bahasa Inggeris dan Arab diatasnya. – Gambar AFP, 23 Mac, 2019.

DUBAI merakamkan penghormatan dengan memancarkan imej Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern di Burj Khalifa, bangunan tertinggi dunia kerana tindakannya dalam serangan pengganas di masjid.

Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoum memuji “sokongan Ardern kepada masyarakat Islam” selepas seorang pelampau kulit putih menyerang dua masjid di Christchurch pada 15 Mac membunuh 50 orang.

“Terima kasih PM @jacindaardern dan New Zealand kerana keikhlasan simpati dan sokongan yang meraih hormat 1.5 bilion orang Islam selepas serangan pengganas yang mengejutkan masyarakat Islam seluruh dunia,” katanya di Twitter.

Foto dikeluarkan Pejabat Diplomasi Awam Dubai menunjukkan Burj Khalifa dipancari imej Ardern bertudung sedang memeluk seorang wanita Islam kerana tragedi itu, dengan perkataan “keamanan” dalam Bahasa Inggeris dan Arab diatasnya.

Ardern menerima pujian dunia kerana caranya menangani tragedi itu, berjumpa keluarga mangsa dan bertindak pantas mengetatkan undang-undang senjata api serta mendesak dunia berusaha memerangi aktiviti pelampau dalam talian. – AFP, 23 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen