PAKATAN Harapan (PH) melantik dua lagi naib presiden yang mewakili kaum India dan Sabah sekaligus meningkatkan jumlah jawatan itu kepada enam.
Dua naib presiden baru dilantik ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran (DAP) dan Pengerusi PKR Sabah Christina Liew.
Kulasegaran sebelum ini merupakan bendahari Majlis Presiden PH. Jawatan itu kini diisi Husam Musa dari Amanah.
“Pindaan ini dilakukan supaya barisan Majlis Presiden PH diwakili pelbagai kaum termasuk Sabah,” kata Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden di Wisma Amanah di Kuala Lumpur.
Empat lagi Naib Presiden PH ialah Mohamed Azmin Ali, Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub. – 11 September, 2017.
Peguam terkenal, Ambiga Sreenevasan sebelum ini mengkritik kekurangan wakil India dalam pimpinan pakatan pembangkang.
Beliau dilaporkan berkata adalah penting untuk mendekati kaum India dan juga rakyat dari Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).
Sementara itu Dr Mahathir juga menambah tiada permohonan rasmi daripada kumpulan pendesak India Hindraf untuk menyertai pakatan pembangkang. – 11 September, 2017.
Komen