SEBARANG perlakuan keganasan tidak sepatutnya dkaitkan dengan mana-mana agama atau kaum kerana keganasan tidak mengenal agama mahupun kaum, kata Dr Mujahid Yusof Rawa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu di hadapan ratusan peserta perhimpunan bahawa tiada agama di dunia ini yang menyokong keganasan dan dunia perlu dilindungi daripada sebarang tindakan keganasan.
“Dunia perlu doertahankan daripada sebarang tindakan keganasan. Tragedi di Christchurch merupakan indisen yang mengejutlan apabila banyak gerakan di seluruh dunia yang berjuang untuk mempromosikan keamanan.”
“Perlakuan keganasan di New Zealand tidak boleh dikaitkan dengan sebarang agama atau kaum di dunia ini. Keganasan tidak lahir daripada mana-mana agama atau kaum yang lahir dengan kebencian.
“Keganasan tidak berwajah. Justeri deklarasi kita hari ini mengutuk sebarang diskriminasi, kekejaman dan pembunuhan atas nama agama atau etnik.”
“Kami menolak sebarang tindakan atau budaya yang berasaskan kebencian atas nama agama atau etnik, kami menyokong semua usaha untuk mempupun perpaduan dalam kalangan masyarakat setiap agama dan etnik.”

“Kami bersolidariti bersama semua masyarakat di dunia dalam membangunkan persekitaran yang aman,” kata Mujahid pada perhimpunan yang diadakan hari ini.
Peserta yang memakai pakaian putih turut disertai masyarakat daripada pelbagai latar belakang dan diplomat termasuk pesuruhjaya tinggi New Zealand ke Malaysia dan Brunei, Hunter Nottage.
Bercakap kepada sidang media selepas itu, Mujahid berkata Malaysia meruoakan negara pertama di dunia yang memberi respons kepada insiden tembakan di Christchurch dengan menganjurkan perhimpunan aman dan solidariti.
“Kita merupakan negara pertama yang memberi maklum balas dan ini merupakan saat membanggakan bagi kita. Hari ini, kita menyaksikan bukan sahaja umat Islam, tetapi semua penganut agama lain di Malaysia di sini menyokong keamanan.”
“Ramai yang datang, bukan sahaja orang Melayu dan ini menunjukkan semua masyarakat dalam negara ini mahukan keamanan dan keharmonian. Ini bukti jelas kepada dunia yang kita menolak kebencian, ketaksuban dan perkauman.”
“Kita komited ke arah keamanan. Ini petanda baik untuk Malaysia,” katanya.

Mujahid turut mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan New Zealand.
“Saya baru tiba dari Christchurch pagi ini. Warga Malaysia yang cedera kini sedang pulih.”
“Saya memetik kenyataan Imam Christchurch yang berterima kasih kepada Perdana Menteri Jacinda Arden, untuk berterima kasih kepada New Zealand, dan turut berterima kasih kepada rakyat New Zealand,” tambah Mujahid.
Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang turut berucap pada program itu menggesa masyarakat untuk menjadikan tragedi di New Zealand sebagai sebab untuk bersatu.
Beliau menyatakan kepada perseta perhimpunan keamanan merupakan intipati kehidupan.
“Kita impikan keharmonian dan keamanan. Kerana ini adalah apa yang Islam ajar kita. Ia ada dalam Quran. Keamanan adalah intipati kehidupan.”
“Apa yang berlaku di New Zealand tidak boleh berulang lagi. Kita perlu jadikan tragedi itu sebagai sebab untuk perpaduan. Untuk bersatu padu menentang keganasan tanpa mengira fahaman kita,” kata mufti.
Sumber polis memkalumkan The Malaysian Insight, jumlah peserta perhimpunan itu dianggarkan dalam 600 orang.
Menurut sumber itu, perhimpunan berkenaan bermula dan berakhir dengan aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.
“Kami anggarkan jumlah peserta adalah sekitar 600 orang. Ia merupakan perhimpunan yang aman dari mula hingga akhir.”
“Tiada insiden tidak diingini berlaku hari ni, kata polis. – 23 Mac, 2019
Komen